post

Apa yang wajar dalam bajet? Bantuan praktikal bagi minda kreatif.

Apa yang wajar dalam bajet? Bantuan praktikal bagi minda kreatif.

Jika anda merancang untuk mengadakan persembahan, kutipan derma atau bengkel kerja, anda memerlukan modal. Dan sekiranya anda memohon untuk mendapatkan tajaan ataupun dana sumbangan, anda perlu mempunyai rangka kerja yang teliti berkenaan seberapa banyak modal yang anda perlukan.

 

Mengapa artis tidak digalakkan terlalu kreatif dengan jumlah kos

Bajet sewajarnya perlu tepat. Sekiranya tidak tepat, anda akan kehabisan dana sebelum sempat berbuat sesuatu – atau lebih teruk lagi – di fasa perancangan. Seandainya bajet yang di usulkan terlalu banyak, pihak penaja serta pihak atasan akan merasa ragu. Percayalah, mereka tahu bahawa anda tidak perlukan RM10,000 hanya untuk salinan fotostat.

Satu-satunya cara untuk mendapatkan bajet yang tepat dari segi jumlah kos ialah membuat kajian terlebih dahulu. Carian sebut harga adalah penting untuk memastikan jumlah anggaran kos, mempunyai pengetahuan tentang harga pasaran semasa, tanpa terlepas pandang setiap maklumat yang penting.

 

Jumlah Kos Keseluruhan

Langkah pertama yang perlu anda buat ialah menyediakan senarai apa yang perlu dibayar. Walaupun anda begitu yakin anda mampu mendapatkan sebahagian dari nya secara percuma, anda masih perlu untuk menulisnya sehingga lah anda pasti mampu mendapatkannya. Berikut adalah senari sebahagian barangan yang perlu dititik beratkan: –

 

  • Lokasi – sewa tapak, latihan dan persembahan
  • Gaji – Berapa banyak akan anda peruntukkan untuk membayar pengurus pentas, penghibur, pemuzik, pengarah, pembantu pentas dan juruteknik? Perlu diingatkan bahawa anda tidak hanya memerlukan mereka ini pada malam persembahan sahaja. Siapa yang perlu di bayar bagi setiap latihan dan berapa banyak yang anda perlukan?
  • Hakmilik – Melainkan sekiranya karya yang ingin dipersembahkan adalah milik asal-asli anda, adalah penting bagi anda untuk membayar hakmilik bagi hasil karya seperti skrip dan muzik. Jika anda merancang untuk mengadakan muzikal broadway, kos ini memainkan peranan sebahagian besar dari bajet anda.
  • Rekabentuk – Tatacahaya, tatabunyi, kostum, set pentas dan lain-lain. Jika salah satu adalah penting untuk kualiti produksi, pastinya akan melibatkan wang.
  • Sewa kelengkapan – Mikrofon, podium, projector, skrin dan lain-lain.
  • Kostum – Pastikan bajet anda melingkungi t-shirt buat pengiring, juruteknik dan sesiapa saja yang anda mahu dikenali sebagai sebahagian dari warga-kerja anda.
  • Set dan Prop – Rekabentuk, kerja-kerja pembinaan, kos sewaan untuk semua kelengkapan yang bukan milik anda atau tidak mendapat tajaan, pinjaman, dari kawan.
  • Publisiti – termasuklah poster, media sosial, iklan dan lain-lain.
  • Kos perjalanan dan penghantaran – walaupun anda tidak membuat tour, ia turut melibatkan kos penghantaran set, kostum, prop dan lain-lain dari satu tempat ke satu tempat.
  • Cetakan dan cenderahati – Sebelum anda dibenarkan menjual program, mug atau tshirt, anda perlu memilikinya terlebih dahulu. Apa lagi yang perlu anda sediakan? Kad nama, jemputan, borang maklum balas? Adakah apa-apa yang hendak di hantar melalui kurier atau surat biasa? Semuanya melibatkan kos.
  • Makanan dan minuman – Apakah anda akan menyediakan makanan ketika acara berlangsung? Perlukah disediakan kaunter bar? Adakah ianya percuma atau anda berharap dapat mengumpul keuntungan melaluinya? Perlukah disediakan khidmat bartender, krew pengiring, caterer atau krew pembersihan?

 

Berjimat-cermat dengan bijak

Mulakan dengan bajet ideal anda kemudian perhatikan di mana yang boleh anda keluarkan dari senarai sekiranya perlu. Mungkin anda boleh meneruskan persembahan tanpa memerlukan enam ekor kuda berada di set. Dari sudut yang lain pula, jika sekolah tarian anda mengadakan acara tahunan yang melibatkan 60 kanak-kanak melakukan 20 aksi berbeza, seorang pengurus wardrobe adalah merupakan pelaburan yang bijak.

 

Persembahan langsung vs. kos operasi

Sekiranya persembahan melibatkan lebih dari sekali, sediakan dua bajet. Pertama, bajet produksi – dimana ianya untuk membayar kesemua kos yang melibatkan malam pembukaan. Skrip, latihan, kostum, set, tatabunyi dan rekabentuk cahaya kesemuanya jatuh di dalam bajet ini.

Kedua adalah bajet operasi – ini merupakan apa yang anda perlu untuk membayar setiap persembahan termasuklah gaji dan setiap kelengkapan yang disewa, merangkumi prop dan lokasi persembahan. Penyediaan kedua-dua bajet ini akan membantu memudahkan anda untuk membuat keputusan berapa banyak persembahan yang bakal diadakan. Dan andaikata persembahan anda menjadi popular dan diminati ramai, berapa banyak lagi yang anda perlukan untuk mengadakan persembahan tambahan.

 

Perlu diingatkan, pihak penaja akan mengambil berat setiap keperluan anda apabila mereka melihat sendiri kesungguhan anda dalam menjayakan acara ini.

 

Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan komen. Sila tulis pertanyaan atau komen anda di dalam kotak ‘balas’ di bawah.

No Comments

Add your review

Your email address will not be published.