15 49.0138 8.38624 1 0 4000 1 https://www.arteri.com.my 300 true

Apakah geran/dana?

0 Comment

Ringkasan

Geran/dana adalah sejumlah wang yang boleh anda pohon untuk membiayai projek anda. Berbeza dari pinjaman, anda tidak perlu membayar kembali geran/dana tersebut. Walau bagaimanapun, anda perlu meyakinkan bahawa projek anda adalah berbaloi untuk dilaksanakan dan sudah tentu anda lah individu yang paling tepat untuk melaksanakannya. Kebanyakan geran/dana yang terdapat di Malaysia terdiri daripada beberapa ratus ringgit, kepada puluhan ribu dan sebarang jumlah yang anda pohon, anda perlu untuk menunjukkan dengan tepat bagaimana wang itu akan digunakan. 

Maklumat penuh

Geran/dana adalah wang yang diberikan kepada individu atau organisasi untuk tujuan tertentu. Dalam konteks seni persembahan, seringkali ianya diperuntukkan untuk projek yang bermatlamat jelas. Misalnya, mengelolakan bengkel untuk artis-artis muda, mengadakan persembahan, atau menganjurkan acara.

Di kebanyakan negara, tetapi tidak di negara kita, terdapat banyak organisasi awam (kerajaan) yang berkehendak serta mahu membiayai seni persembahan. Di negara kita pula, penghibur dan produser perlu bergantung kepada geran organisasi yang ditaja terhad untuk projek-projek mereka. Sekumpulan besar daripada organisasi yang menawarkan geran/dana tempatan adalah dari yayasan, seperti Yayasan Sime Darby dan Japan Foundation of Kuala Lumpur.

Walaupun senarai geran/dana tempatan yang sedia ada adalah terhad, komitmen pemberi geran/dana, adalah yang terbaik. Meskipun motivasi mungkin berbeza sedikit (contohnya, JFKL dan Goethe-Institut menggalakkan projek-projek yang menggunakan seni dan budaya untuk membina ikatan kolaborasi antara negara-negara), secara amnya pemberi geran/dana mengiktiraf peranan penting bidang seni dalam budaya dan masyarakat, dan manfaat yang dibawakan kepada individu. Mereka menyediakan geran/dana ini untuk memberi galakan dan menyokong mereka yang mempunyai idea-idea, kreativiti dan arah tuju namun sangat memerlukan pembiayaan bagi memastikan projek-projek mereka terlaksana.

Jika anda mempunyai minat khusus terhadap bagaimana cara-cara mendapatkan geran/dana, letakkan kepercayaan anda kepada kami. Maklum balas anda dapat membantu kami mengutamakan isi kandungan dan sumber-sumber yang bakal kami sediakan di masa akan datang.

Previous Post
Apa yang wajar dalam bajet? Bantuan praktikal bagi minda kreatif.
Next Post
Template – Performance contract