15 49.0138 8.38624 1 0 4000 1 https://www.arteri.com.my 300 true

Gereja diserang: Astaghfirullah استغفر الله

0 Comment

55679888-b57058d6e0d1eb9f16fb3e775c3d292c4b471b0b-full

Terlalu banyak bangkai busuk, berat dan besar (barangkali aku salah satu daripadanya, tapi untuk kiasan pada makna yg lain). Bangkai yg membusuk ini merosakkan hidup bersiasah dan bermasyarakat di tanah air ini. Bangkai-bangkai rasuah, pecah amanah dan penyelewengan kuasa. Semua orang tahu – biarpun media-media milik penguasa menutupnya, cuba mengalihkan pandangan umum. Semua orang tahu kerana ramai yang merasainya:

…kenaikan harga barang (dengan gaji yg tidak naik-naik, malah ramai juga yang kehilangan kerja)

…kes-kes penyelewengan duit/harta negara dan tabung awam, seperto PKFZ, enjin jet hilang

…perseteruan dan perebutan kuasa/harta di kalangan pimpinan Umno, MCA, MIC dan parti-parti BN lainnya

…dan pastilah banyak lagi, semua orang sekarang ini boleh menyebut dan memperjelas dengan panjang lebar hal-hal ini.

Maka, ALLAH pun dipergunakanlah, tapi bukankah ALLAH itu sebaik-baik perancang?

55674612-ce3ace43a594ee37cb8fd391613b4bc94b471ae4-scaled

Sebuah gereja telahpun terbakar, apakah nanti ada masjid yang terbakar? Di mana-manapun aku tetap akan bersedih, jika agama menjadi alat hasrat rakus politikus. Di mana-manapun aku akan meratapi kehancuran rumah-rumah ibadat, baik itu masjid atau surau atau kuil atau tokong atau gereja atau gudwara yang diroboh penguasa atau dihancurkan para penganutnya yang bersengketa.

Perang antara agama dalam sejarahnya hanya menguntungkan orang tengah pihak peniaga senjata. Permusuhan antara agama atau antara mazhab-mazhab dalam agama yang sama, kebiasaannya juga terjadi kerana percaturan penguasa atau elit pemerintah yang terdesak – bodoh, jahat, banyak bangkai tak dapat ditutup – lalu cuba mengekalkan kekuasaannya dengan cara mengadu domba rakyat jelata, menjadi batu api membakar dan akhirnya mempertahankan kekuasaan (sementara) mereka atas hangus kesengsaraan orang lain. Inilah warisan khianat terhadap mandat rakyat; suatu dasar pecah dan perintah yang diamalkan penjajah Inggeris selama ratusan tahun dan difotokopi banyak rejim-rejim dunia hari ini. Seperti misalnya sengketa sunni dan syiah di Iraq dan Pakistan? Atau Islam dan Kristian di Ambon? Siapa untung? Orang-orang Sunni kah yang untung – jawabnya bukan. Orang-orang Syiah kah yang untung – jawabnya bukan. Orang-orang Islam kah yang untung – juga bukan. Orang-orang Kristian kah yang untung – juga bukan.

55687675-594f3e7c26dd159aff0dd093a07e1fb44b471af7-full

Bertenang dan bersabarlah. Berfikirlah dalam-dalam sebelum bertindak. Tamak kesombongan harta dan serakah keangkuhan kuasa tidak akan membawa kita semua ke mana-mana. Akhirnya, siapakah yang untung???

BERITA:

Gereja hangus dibaling bom petrol

http://malaysiakini.com/news/121443

Pakatan: Umno perlu bertanggungjawab atas serangan terhadap gereja

PM arah tingkat keselamatan

Ada apa dengan isu The Herald

~

A self-taught artist, Rahmat Haron (b. 1977) is also widely known for his writings, poetry performances and commitment to social causes. He blogs at http://sampahseni.blogspot.com/

*Semua gambar tweet-an Fahmi Fadzil.


This article was first posted on the original Arteri site on 8 January 2010.

Previous Post
Plastic Fantastic Kisses
Next Post
Interpreters of Dreams