15 49.0138 8.38624 1 0 4000 1 https://www.arteri.com.my 300 true

Cadangan2 kepada para graduan baru

0 Comment

graduate

Ketika masih berkuliah di luar negara, saya pasti mengujungi pameran graduan peringkat negeri yang setiap tahun dianjurkan oleh kementerian pendidikan di negara itu. Tahap pendidikan graduan itu agaknya sama seperti STPM kita. Karya2 para graduan seni yang dipilih memasuki pameran memang bermutu dan menunjukkan pemahaman terhadap isu2 seni semasa.

Pameran tersebut mengikut polisi dan pendekatan yang terbuka. Jadi, peluang bagi pengkarya menjalankan pelbagai eksplorasi seni luas sekali. Medium yang dipaparkan merangkumi lukisan, instalasi, video, performance, dan sebagainya. Tetapi, seperti pameran graduan di mana2 tempat, hasil-nya selalu mencerminkan budaya pendidikan tersendiri sesebuah institusi seni. Anak2 seni yang baru muncul ini masih memerlukan banyak masa untuk bertambah matang, biarnya dari segi pemikiran atau teknik.

Yang penting dalam sebuah pameran graduan adalah rasa ingin bertambah maju lagi di kalangan perserta2-nya. Selain itu, perlu adanya kesedaran bahawa pameran graduan diadakan bukan hanya untuk menuju sebuah pencapaian. Ia harus dikira sebagai suatu permulaan, atau ‘stepping stone’ ke dunia seni kontemporer yang penuh dengan cabaran2 baru.

Inilah perasaan saya apabila mengunjungi pameran graduan UiTM di Galeri Pace. Tahniah kepada para graduan yang baru keluar dari UiTM. Sekarang saudara-saudari boleh membuangkan apa yang dipelajari di institusi pendidikan! Gred A yang selalu diharapkan dalam permarkahan projek2 kursus tidak lagi relevan. Kritik seni menggantikan guru2 institusi dahulu. Selamat datang ke kekacukan dunia seni kontemporer!

Dunia seni kontemporer ini kadangkala bersikap sinis dan kritikal, tetapi ianya mencerminkan budaya persaingan yang matang. Kewujudan persaingan atau polemik ini penting untuk perkembangan sebuah komuniti seni. Izinkanlah saya mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan beberapa cadangan yang mungkin relevan kepada para graduan baru. Harap2 pembacaannya dapat serba sedikit menyediakan saudara-saudari supaya menangani dunia seni yang menunggu.

1) Baca/Lihat/Meneroka: Okei, katakanlah anda seorang pelajar yang selalu mendapat A. Adakah ini masih penting lagi? Apa yang dipelajari di institusi pendidakan hanya secubis daripada dunia pengetahuan yang akan menemui anda selepas persekolahan, jadi anggapkan pendidikan formal sebagai langkah pertama dalam perjalanan kamu yang masih panjang lagi.

Baca: Selalu dikatakan orang Malaysia kurang minat membaca dan malangnya kita memang rugi akibat kemalasan ini. Tabiat membaca serta keinginan mengejar ilmu membawa faedah yang penting untuk perkembangan seorang seniman. Apa yang harus dibaca? Semuanya. Buku fiksyen, sejarah, politik, cultural studies, media, falsafah, ugama, dan sebagainya sampai infiniti. Penagihan ilmu sebuah tabiat yang harus digalakkan, karena ia membuka minda kita, supaya kita tidak terperangkap dalam sistem pendidikan yang dulu kita alami.

Lihat: Pergilah mengunjungi pameran2 dan acara2 di mana2 saja, bukan sahaja pameran seni tetapi yang lain seperti teater, tarian, filem dan musik. Pergaulan dengan para seniman dari disiplin lain akan memberi anda banyak lagi ilham dan pendekatan baru yang akan boleh membantu dalam perkembangan pengkaryaan.

Meneroka: Kita yang dilahir pada zaman internet amat bertuah. Gunakanlah internet untuk mengetahui berkembangan seni di luar negara. Diskusi di laman seni tempatan memang penting, tetapi janganlah sampai perkembangan seni komtemporarer global diabaikan pulak.

2) Eksperimen lagi. Diskusi hangat yang wujud di laman ARTERI tentang kepentingan seni lukis berbanding dengan media baru, walaupun agak ‘keras’, juga boleh dilihat dari sudut yang positif. Sebagai seniman2 muda, jangan melepaskan peluang untuk bermain dan ber-eksperimen. Soal-nya bukan sama ada seni new media lebih penting daripada seni lukis. Bagi seniman yang masih muda, janganlah menghadkan potensi anda!

3) Jangan berkarya semata2 untuk penjualan. Sukses komersial tidak semesti-nya bermaksud karya itu bagus. Kreativiti tidak seharusnya dikongkong oleh pasaran seni. Boom pasaran seni akhir2 ini sebelum kemerosotan ekonomi telah menubuhkan satu kuasa penilaian seni yang kurang sihat – iaitu melalui rekod penjualan dan harga. Tambahan pula, ruang untuk pementasan karya2 alternatif sudah kurang dengan kehilangan platform seperti Bakat Muda Sezaman dan Notthatbalai Festival. Mungkin kemerosotan ekonomi ini merupaka satu peluang bagi para seniman untuk ber-eksperimen lagi. Jangan takut mengambil kerja sambilan yang lain – gunakan peluang itu untuk memahami kehidupan. Idea2 tidak datangnya dari sesi2 santai di studio saja, ianya juga datang dari pertemuan dan acara seharian.

4) Merantau dan melihatlah dunia. Seniman2 muda hari ini memang dimanja dengan pelbagai peluang untuk keluar negara. Perantauan itu penting, kerana ianya boleh membukakan pemikiran kita melalui pemahaman cara menyelesaian masalah dan pendekatan seni di negara2 lain. Tambahan lagi, sekarang program residensi seniman banyak sekali. Tambang kapal terbang semakin murah dengan penerbangan budget seperti Air Asia dan negara2 jiran kita mempunyai banyak komuniti seni yang aktif – antaranya Yoygjakarta, Manila, Bangkok, Singapore, dan lain-lain.

5) Jom berdebat! Akhirnya, gunakan ruang komentar ARTERI untuk mengenali teman2 dunia seni, dan jangan segan untuk menyertai artist talk ataupun forum diskusi di mana2. Ambil peluang untuk berbincang dengan orang lain supaya menajamkan idea2 anda sendiri. Sikap romantis bahawa seseorang seniman perlu duduk di studio dan melukis sepanjang hari hanya salah satu identiti seniman pada zaman ini. Banyak lagi yang wujud. Juga ada-nya pendapat bahawa seorang seniman adalah ahli intelek publik dan berperanan membangunkan tabung pengetahuan negara kita.


This article was first posted on the original Arteri site on 14 June, 2009.

Previous Post
Kenapa Menonton/Bikin Teater?
Next Post
Surat dari Sapporo: Sepatah dua kata tentang Bahasa